ai korang,bosan-bosan ni aku tak tau nak buat apa.Jadi aku ingat nak kongsi sikit useful tips untuk korang guna dekat facebook,nak guna mesej-mesej awek pun boleh.Cuba lah kan,mana tau kot-kot berhasil ke.
Konon lah kalau korang suka dekat sorng perempuan ni atau saja nak test suka-suka kan? apa kata korang bagitau yang korang suka dekat perempuan tu.Tapi make sure korang dah kenal perempuan tu dalam tempoh nak dekat sebulan lah,kalau baru kenal 2 3 jam korang cakap macam tu tak ke pelik namanya.
Mulakan dengan "you nak tau something tak?" si perempuan akan tanya "apa?" itu pasti,lepas tu baru lah korang cakap "sebenarnya i suka you"
Respon si perempuan selalunya mcm ni :
i.) i tak cantik lah you,kenapa you suka dekat i?
ii.) you kan hot,mesti you boleh dapat better dari i
iii.) you ni kelakar lah (jawapan ni selalunya perempuan yang nak psycho kita)
Yang lelaki pulak selalunya akan jawab macam ni:
i.) siapa kata you tak cantik,you ok apa
ii.) i tak hot la you,biasa je.You lah hot
iii.) i serious ni
Selalunya perempuan yang akan psycho lelaki,diaorng akan tanya kita balik.Kenapa kita suka dekat diaorang? Selalunya budak yang baru nak up jadi player akan kantoi kat sini dengan jawapan "entah la you" ,tapi bagi player yang dah expert,soalan tu memang makanan dia.Tak ada lah nak kata aku ni expert,tapi dah pernah try banyak kali.Setakat ni Alhamdulillah semuanya berjaya,hehe.
Bila lelaki dah kantoi dengan soalan perempuan tu,perempuan akan tekan lagi untuk tau jawapan.Perempuan pon ada kategori jugak,ada yang bodoh dan ada yang tau laki ni memang seorang player yang saja nak mengayat.
i.) perempuan yang dikategori pertama,bodoh la senang cerita.Dia akan jadi excited nak tau apa yang lelaki tu akan jawab,selalunya perempuan dikategori pertama ni budak-budak bawah umur ataupun yang baru-baru nak bercinta.Kalau mamat tu player,perempuan macam ni kira buat stok geli-geli je.
ii.) perempuan yang dikategori kedua ni pulak terbahagi kepada beberapa bahagian,tak susah nak kenal pun.Contohnya perempuan yang dah tawar hati disebabkan dah banyak kali kena game dengan lelaki,dia akan lebih berhati-hati.Selalunya perempuan macam ni dia dah kenal dengan perangai lelaki,jadi dia tau lah kalau-kalau lelaki tu player atau betul-betul nak tackle dia.Yang mana player tu,perempuan macam ni memang agak rumit nak atasi.
Cara untuk menangani perempuan dikategori pertama sangat senang,walaupun si lelaki bukan player.Sekarang dah tak payah nak guna ayat-ayat jiwang karat pon boleh dapat,perempuan yang macam ni kita jujur je.Dia akan mendesak kita untuk jawab soalan dia,kenapa kita suka dia? Jadi jujur je lah,kalau betul kita suka dia mesti ada sebab.Apa yang penting kenal hati budi dulu,lepas tu karut lah apa-apa pon.Confirm dapat!
Perempuan yang dah tawar hati ni pulak dia akan buat tak endah je dengan kita,selalunya setiap soalan akan dijawab dengan satu jawapan.Contohnya "you dah makan?" dia akan jawap "dah" tanpa kembalikan apa-apa soalan.Bagi laki yang suka cabaran mungkin boleh bersabar dan cuba usaha untuk dapatkan perempuan tu,tapi bagi player perempuan macam ni sangat membosankan dan menyakitkan hati.
Sweet talk jugak penting,selalunya lelaki akan cakap macam ni:
i.) you ni comel lah,suka tengok you senyum
ii.) cantik,lawa (yang selalu orang komen pada gambar)
Ni semua silap,korang kena tau bezakan puji dengan sweet talk.Sweet talk ni korang gambarkan perempuan tu dengan sesuatu yang indah,part ni korang kena pandai-pandai reka sendiri.Aku tak boleh bagi contoh,kalau kita bersungguh-sungguh nak ayat perempuan tu idea akan datang sendiri.
Jawapan pada pujian sangat lah simple,perempuan akan jawab "thanks".Diaorang dah terima banyak pujian,jadi kita tak payah puji diaorng.Go on dengan sweet talk je,tapi ada bahaya jugak.Kadang-kadang kita dah perah otak nak sweet talk perempuan tu tak dapat tangkap dan bagi respon macam "oh,haha" panas kan? agak laa.
Sweet talk ni ada jugak timing yang betul untuk guna,selalunya sebelum tidur.Tapi ada jugak perempuan yang demand,diaorang tak dapat nak tangkap sweet talk dalam bahasa melayu.Jenis yang macam ni memang poyo,tapi apa salahnya sweet talk in english kan? Try lah dulu.
Jangan tanya soalan yang common macam:
i.) You tengah buat apa?
ii.) You dah makan?
iii.) You dah mandi?
Itu semua tak perlu,biarkan diaorng yang tanya kita dulu lepas tu kita jawab dan kembalikan soalan yang sama.Ok kat sini kita akan mula tunjuk yang konon-konon kita ni caring.Bila perempuan tanya "You dah makan?" selalunya perempuan tanya soalan ni sebab dah tak tau nak tanya apa.Kita bagi jawapan dan kembalikan soalan,dia pun akan bagi jawapan.Sekiranya dia jawab "belum" kita cuma perlu tanya kenapa,tak payah lebih-lebih.Sah-sah dia akan bagitau kenapa.
Perempuan mungkin akan jawab macam ni:
i.) entah,tak lapar
ii.) tak ada makanan
iii.) malas
Bila perempuan dah bagi jawapan,korang boh je lah apa-apa.Macam yang aku cakap tadi sweet talk tu penting,masa ni la nak sweet talk.Tapi jangan selalu,sebab bukan masa yang sesuai.
Ada dua faktor utama lelaki ni mengayat perempuan,satu mungkin sebab dia betul-betul suka dan nak perempuan tu jadi girlfriend dia dan satu lagi mungkin sebab lelaki tu suka-suka nak mengayat.Tips ni bukan la 100% berguna,tapi tak salah kalau cuba.Korang kena ingat,perempuan ni macam 1 buku teks yang ada 100 bab.Susah nak faham apatah lagi kalau buku teks tu dalam bahasa cina,jadi pandai-pandai lah.
Yang mana tak layan tu,tak dapat lah aku nak tolong.Mungkin dah ada boyfriend ke apa ke,mana lah aku tau.Yang macam tu abaikan aja,perempuan ramai kan? Pilih yang mana sesuai dengan kita sudah lah,good luck :)
anda kategori mana wahai perempuan2 sekalian?
belle pulun!
ReplyDeletehey, can i share this?
ReplyDelete:D
well yeahh...take it babeh
ReplyDeletehaha pulun apa? ini tips utk kite berjaga2
ReplyDelete