MASA KECIL - teringin nak jadi besar supaya boleh bkerja dan punya pendapatan sendiri boleh shopping beli apa yang nak
MASA BESAR - teringin nak jadi kecil supaya boleh dapat apa saja tanpa perlu susah2 cari gaji
MASA KECIL - teringin nak jadi besar supaya boleh berkahwin ade anak dan suami
MASA BESAR - teringin nak jadi kecil supaya tak perlu pening kepala layan kerenah
anak dan suami sendiri.
MASA KECIL - teringin nak jadi besar supaya bole pegi kerja buat kerja yang sama hari-hari tak payah pening kepala siap kan kerja sekolah, dapat gaji boleh enjoy.
MASA BESAR - teringin nak jadi kecil supaya tak payah pergi kerja buat kerja yang rumit.. baik pegi sekolah..hari2 boleh main, jumpa kawan2 tanpe ade masalah.
MASA KECIL - teringin nak jadi besar supaya boleh buat keputusan sendiri tanpa dikongkong oleh mak bapak
MASA BESAR - teringin nak jadi kecil supaya tak payah pikirkan masalah yg rumit..bia mak bapak je setelkan untuk kita
MASA KECIL - teringin nak duduk rumah sendiri, boleh keluar ikot suka, balik ekot suka , rumah bersepah pun takde siapa marah..takde siapa membebel
MASA BESAR - teringin nak duduk dengan parents semula, balik rumah emak dah siap masak, bgn pagi ade cekodok dengan air teh.
No comments:
Post a Comment